Kami akan menang dalam memerangi pengganas

18- Melayu

Setiausaha Agung Hizbullah, muncul di kaca televisyen pada hari Ahad lalu sempena ulangtahun kesyahidan para pemimpinnya dengan ucapan mengenai perkembangan terkini di rantau tersebut terutama sekali ancaman dan komplot Israel.

Sayid Hasan Nasrullah membahagikan ucapannya kepada tiga bahagian, iaitu mengenai Israel dan amcamannya terhadap Lubnan, tahap konfrontasi Hizbullah sekarang dan cabaran perjuangan dari berbagai aspek.

Setelah memberikan penghargaan kepada para pemimpin, syuhada, pejuang yang terkorban dan oang awam yang terbunuh dalam serangan bom baru-baru ini, beliau mengulas, "Kita sudah sampai ke peringkat orang tidak sanggup menangani masalah Palestin dan musuh... inilah apa yang dicari oleh Amerika."

Sayid Nasrullah berkata, "Pentadbiran Amerika bersama Zionis sudah lama cuba menamatkan riwayat masalah Palestin, dan menganggap ini adalah waktu terbaik untuk itu, kerana dunia Arab dan Islam hari ini tidak bersedia, dan setiap negara dijajah oleh masalahnya sendiri."

….

http://abna.ir/data.asp?lang=15&id=506825

Write a comment

Comments: 0